Friday, 28 February 2014

Nikah Kita Bercinta

Heyyo Peeps,
Tadi masa pukul 2200 jam sampai 0000 jam ada cerita Nikah Kita Bercinta. Aku boleh lupa pulak pasal cerita tu. Sebaik adik aku tetiba turun bawah suruh tukar channel. Nasib baik aku maybe. hehe
Aku dah tunggu cerita ni sejak keluar iklan dia. hoho Alaaa, biasalah perempuan cerita sweet sikit, romantik sikit je mesti nak tengok. Lepas tu berangan, konon-konon kita yang ada dalam cerita tu kan. hahaha Korang pernah rasa tak? Aku dah pernah rasa, feelingnya rasa macam nak terbang je rama-rama dalam perut. ( meraban )

Cerita ni pasal seorang lelaki, Daniel (Azlee Khairi) terpaksa berjanji kepada bossnya untuk berkahwin bersama anak perempuannya, Nur Sherina (Felixia Yeap). Selama ni diorang tak tahu kenapa tujuan diorang kahwin. Selepas diorang dapat meraih bibit percintaan selepas nikah, tetiba Sherina menyebut sesuatu begini " Bestnya bila buat dengan kodok, I love you Kodok! " Daniel berasa cemburu dengan kodok. Siapakah gerangan si kodok itu? * Ayat skema kan? Sorry * hew hew 

Cepat-cepatlah korang tengok dekat internet atau channel astro tu. Cerita drama macam gini selalu ulang je. Haha Serius aku cakap, aku dah buat analisis dekat astro. Aku je ngadap astro kat rumah sorang-sorang. hehe Peace yo (-_-) Terima kasih sudi baca. hehe

Wednesday, 26 February 2014

Praktikal Kereta

 Heyyo Peeps, *lambai semangat* Ehem ehem ( tekak berdehem sikit ) Uhuk uhuk

Pagi subur dengan angin sepoi sepoi sambil dipanggil oleh selimut yang lembut dan bantal busuk. ( kantoi ada bantal busuk ) Pfft Aku set jam lah pukul 0700 bangun sebab aku tidur lambat. Bila dah 0700 tu aku selamba je " off " kan set alarm tu. Macam tak sedar tu ada kelas praktikal pukul 1000. Korang rasa macam " Lek lu baru pukul 0700 takkan nak bangun awal, masih sempatlah nak tidur ". Kalau aku? Aku mesti kena bangun awal sebab aku paling fed up bila nak pilih baju apa. Hah itulah masalah aku walaupun korang rasa macam remeh je kan. Aku ni jenis " PERFECTO " kalau ada silap sikit je, aku dah meraung macam nak makan orang. haha

Bila dah pukul 0700 tu, aku tukar set alarm dalam 0730 so aku tidur lah dengan senang hati sambil guling-guling atas katil adik aku yang single bed tu. Aku pun tak tau nak guling macam mana dengan single bed ni. Aku pusing kanan kiri je kot, (maybe). Sedap betul tidur rasa macam tak nak bangun je macam sleeping beauty gitu. ahaks Aku rasa nak mengamuk je dengar alarm yang sangat rancak, mana tak sakit jantung kan, aku saja cari nahas letak lagu " DEMONS " sebab kuat dan senang aku nak bangun dengan rela hati tanpa kemahuanku. sob sob

Aku bangun lah pergi cari baju ke sana ke mari dekat almari bilik aku. Dah lama jugak aku tak jejak dalam bilik aku sejak habis SPM tu dan kebetulan ayah aku baru je meninggal lepas habis SPM tu. Sekarang aku berhijrahlah dekat bilik mak aku. Adik badik aku dengan mak aku tidur sama bilik, angkut semua benda ( Double Queen plus Single Bed ). Bila dah jejak kasih dekat bilik sendiri, apa lagi aku baling lah badan aku atas katil aku yang empuk yang sesuai untuk posture badan aku. Melebihkan, sampai posture badan babe. hehe Aku pun tertidur dengan senyuman. haha

Tiba-tiba aku terbangun sebab bunyi alarm 0800, aku lari lah cepat-cepat nak mandi dengan sarapan bagai lah kan. Bila dah siap tu, aku sempat lagi tengok setengah movie dekat HBO. haha Aku pun keluar lah 0900 lepas Dhuha semua lah. Aku hafal step-step kereta dan etc tapi disebabkan aku demam ia berpunca dari inject hipetitis B. Arwah ayah aku ada sakit hipetitis B sebab tu one family kena inject. Berbalik kepada cerita, aku pun buat serba tak kena sampaikan cikgu tu cakap aku banyak lupa step. Ish, nak menangis aku dengar kau tau. Last-last aku yang kecewa dengan kemajuan aku tak fantastic.

Thanks dulang serih yang rajin baca taman bunga di Taman Impian. hehe ^^
 

Monday, 24 February 2014

FIRST GIVEAWAY by IZNI SOFIA

Heyyo Peeps,
Tadi aku blogwalking mengoda blog kawan aku sekali aku ternampak give away yang dibuat oleh Izni Sofia ni. Aku pun rasa excited la kot. Hadiahnya sangat lumayan kot, siapa yang taknak kan. Aku pun tengah dahagakan telefon kot. Yelah, sebelum SPM aku dah kena seksa orang curi fon aku yang merupakan barang kesayangan aku tahap maksima tau. Aku pun cuba la nak try nasib nak cuba masuk give away ni. Mana lah tau dapat rezeki yang Allah beri tanpa disangkakan. Kalau tak ada rezeki, aku redha je sebab kita mencuba je kan. hehe 

 
MARI KLIK DI BAWAH NI ! THANKS 

Senarai hadiah (pemenang random) :
1. Samsung S4
2. Jam touch screen
3. Topup RM10

TARIKH TAMAT: 28 February 2014
Untuk maklumat lebih lanjut sila layari laman web INI

Kenangan

Heyyo Peeps,

Ampun mbuk, banyak banget idea gue hari ni dong. hehe Kamu ngak marah kan? Okay okay meh sini cerita pasal kenangan. Ni kenangan pasal apa pulak ni, tetiba je kan. Hmm Mesti ada kan mak korang bebel pasal barang korang yang bersepah dekat dalam bilik kan. Aku punya barang tak bersepah cuma banyak barang lama aku simpan sebagai kenangan gitu. Satu hari tu aku tengah free la kan, aku ambil la 2 plastik besar sebab mak aku dah bebel pasal barang banyak tu. Aku pun kemas dengan 2 kriteria, satu untuk disimpan satu lagi untuk dibuang. Okay tak? Okay kan. Macam gini korang pun tak serabut tengok. 

Barang Disimpan



Ini lah barang yang aku simpan dari aku sek rendah sampai lah sekolah menengah. Kau tau yang sikit ni lah sangat berharga untuk aku. Semua benda aku sumbat dengan kemas supaya satu hari nanti aku boleh baca balik zaman hingusan. Tak gitu? ahaks Dalam tu ada banyak diary, surat dan etc. haha Banyak la, memang tak boleh di-list-kan satu persatu.

Korang buat lah macam ni, confirm mak korang dah tak marah, then kau sumbat kat dalam almari baju yang khas untuk barang ' antik '. hehe Barang kedua kau nak buang tu, BUANG je takyah fikir dua tiga kali nanti korang rasa sedih pulak. 

Bak kata orang :
" People change, memories dont "

Betul tak? Betul kan. Ramai je orang akan ingat kenangan paling manis tak terhingga sampai ke hati tapi kita masih nak ingat kembali dengan barang-barang yang membawa kenangan kan. Diary pun salah satu korang nak ingat setiap inci harian korang dengan tersayang. Ceh, poyo kan aku. 

Terima kasih adik-adik manis sudi baca. hehe ^^

Resipi Tiramisu Cheesecake

 
 
Heyyo Peeps,

Semalam kawan aku datang, saja nak bergossip bagai la. Tapi aku pulak yang membosankan sebab dah lama tak jumpa jadi tak tau nak cakap apa. Tapi sepatutnya lagi banyak cerita kan. Aku ni yang terbalik, sebab kadang-kadang aku ni pelupa jugak lepas SPM ni. So bila SPM ni mesti hidup korang ada yang best, setengah daripada kita hidup suram je. Aku pun dah bosan dengan rutin yang sama je dekat rumah ni. Tiba-tiba kawan aku yang sleep over dekat rumah aku nak ajar aku masak Tiramisu Cheesecake. Tengok siap boleh gambungkan dua aspek ni. Cehh Aku excited la nak masak-masak semua ni.
 
Aku bangun tidur je terus ajak kawan aku yang nak ajar buat Tiramisu Cheesecake ni. hehe Aku basuh muka dengan gosok gigi je. Terus aku selongkar barang mak aku dekat dapur sebab dah lama aku tak buat pemanis. Pfft *malas dong* Ini saat yang sedang dinantikan aku dengan kawan aku nak buat.




Perkakas:
1) Blender
2) Wire Whisk 
3) Mangkuk besar dan Kecil 
4) Piping nozzles dengan bag / Sudu
Bahan-bahan: 
1) Cheese Cream 
2) Gelatin (1 sudu kecil) 
3) Biskut Mary Coffee 
4) Gula (100g) 
5) Susu Tepung (1 sudu makan)
 6) Air Suam

Sikit je kan bahan dia, lagi kalau nak buat lagi senang babe. Aku dah tak sabar nak makan je. hehe Meh sini jangan buang masa lagi. Okay baca langkah seterusnya nak buat tiramisu cheesecake.

Cara-cara: 
1) Masukkan gula ke dalam blender dan blend sehingga halus. Dah siap tu letak jauh sikit sekejap. 
2) Cheese cream masukkan dalam mangkuk besar, pukul cheese cream sehingga fluppy. 
 3) Bila dah fluppy masukkan 2 sudu makan gula aising ke dalam mangkuk tersebut sambil pukul. Kacau cheese cream dengan gula aising. 
4) Selepas tu bancuh gelatin dengan air suam dalam mangkuk kecil dan masukkan ke dalam bahan cheese cream tu. Pukul sehingga cheese cream jadi lebih krim pekat. 
5) Sekarang bancuh susu tepung dengan air suam dalam mangkuk kecil. Bila dah siap korang, celup biskut mary coffee dan susun dalam mangkuk sederhana besar. 
6) Bila dah susun letak cheese cream dan ratakan sehingga menutup permukaan biskut. Korang boleh ratakan gunakan antara satu tu (Piping nozzles dengan bag / Sudu)sampai jadi satu layer. Bila dah jadi satu layer tu, ulang lagi sampai berapa layer korang nak lah sampai cheese cream dengan biskut habis.

P/S : Gula tu kan lebih, korang boleh simpan dan buat lagi. Kalau ada sesiapa yang suka simpan lebihan cheese tu buat lah dalam cawan untuk diri sendiri untuk kepuasan sendiri. hehe Aku pun buat lepas dah buat satu mangkuk tu sebab tak sarapan kau tau. haha

Terima kasih daun keladi sudi guna resipi ni. hehe Kali ni entry terlebih panjang pulak. Sorry Suka tak? Simple tak? Senang tak? Like ^^

Pantang



Heyyo Peeps,
*Korek Hidung kejap.* hahaha


Mcm mana hidup korang? Osem ke tak? Ke hambar je mcm makanan kat gerai rumah sebelah? hahahambar Meh sini nak cerita pasal pantang. Bukan pantang yang lepas beranak tu eh. Nak kata aku ada anak, suami pun belum ada. Jadi ni pasal pantang dengan perangai yang minta penampar. Kau tau perangai apa minta sepak?

1)

 Bila kita sedang tidur dengan nyenyak disebabkan lately tidur lambat kan. Jadi, sekali sekala nak bangun lambat pun takde orang heran kan. Tapi satu makhluk tu dengan seazabnya tepuk kaki aku dengan kuat, then jerit " BANGUNLAH ". Itulah namanya bangang aku kata. Aku ni kalau terkejut sikit je, macam ada sakit jantung. Terkejut beruk kau tau. Aku meronta untuk bangun, semua jadi mangsa. Padan muka, lain kali kacaulah aku tidur.

2)

Ni paling aku pantang sampai nenek moyang aku. Ceh, moyang aku pun nak libatkan. haha Aku rasa tak salah pun sesiapa masuk bilik aku tapi dengan syarat tutup balik. Kadang-kadang aku malas nak tutup balik senanya. hehe Lagi satu aku rasa rimas, dan membangkitkan kemarahan aku je tengok pintu nganga besar-besar. Aku kalau bertekak sekam lidah dengan orang, aku yang jadi gila meroyan. Orang tu pulak buat innocent, lagi aku sewel kan. Takpe, aku positive je bila orang buat aku jadi tunggul. Dah biasa, kata aku gitu. 

P/S: Dengan kesempatan ini, aku nak ucapkan Happy Birthday Pi. Kawan crime gitu. hehe May Allah Bless and Ease you. Goodluck SPM

Okay semua, terima kasih baca post yang sewel tahap babun ni. hehe
* Opss

Saturday, 22 February 2014

Update



Heyyo Peeps,
Sebenarnya dah lama buat blog tapi semua tulis macam budak baru belajar menaip. Memang selekeh tahap gaban la. Aku pun meluat tengok. hahaha Tetiba aku rasa nak update blog, itu pun sebab bosan gila kot duduk rumah tahap menonggeng. Teruk betul aku, lepastu rutin sama je. Aku pun naik muak.
Alhamdulilah, blog ni boleh berdiri dengan cantik dan menawan. Ahaks Itu pun aku menggoda dkt blog orang lain. Akak tu memang hebat gila la. Credit to Kak Lyssa dengan Kak Syamira. Wa respect sama lu la kakak-kakak. hehe Ada jodoh, kita ketemu yaaa. hehehe
Lepas dah update background cun melecun tu, aku delete la sebahagian post tapi aku terdelete semua. Good Job Tyka. Tulah gelabah je tak tentu pasal. Padan muka. hahaha Kalau tak dah banyak post yang tersedia dengan ayat merangkak-rangkak.
Okay, Terima Kasih sudi baca intan payung. hehe