Friday, 28 February 2014

Nikah Kita Bercinta

Heyyo Peeps,
Tadi masa pukul 2200 jam sampai 0000 jam ada cerita Nikah Kita Bercinta. Aku boleh lupa pulak pasal cerita tu. Sebaik adik aku tetiba turun bawah suruh tukar channel. Nasib baik aku maybe. hehe
Aku dah tunggu cerita ni sejak keluar iklan dia. hoho Alaaa, biasalah perempuan cerita sweet sikit, romantik sikit je mesti nak tengok. Lepas tu berangan, konon-konon kita yang ada dalam cerita tu kan. hahaha Korang pernah rasa tak? Aku dah pernah rasa, feelingnya rasa macam nak terbang je rama-rama dalam perut. ( meraban )

Cerita ni pasal seorang lelaki, Daniel (Azlee Khairi) terpaksa berjanji kepada bossnya untuk berkahwin bersama anak perempuannya, Nur Sherina (Felixia Yeap). Selama ni diorang tak tahu kenapa tujuan diorang kahwin. Selepas diorang dapat meraih bibit percintaan selepas nikah, tetiba Sherina menyebut sesuatu begini " Bestnya bila buat dengan kodok, I love you Kodok! " Daniel berasa cemburu dengan kodok. Siapakah gerangan si kodok itu? * Ayat skema kan? Sorry * hew hew 

Cepat-cepatlah korang tengok dekat internet atau channel astro tu. Cerita drama macam gini selalu ulang je. Haha Serius aku cakap, aku dah buat analisis dekat astro. Aku je ngadap astro kat rumah sorang-sorang. hehe Peace yo (-_-) Terima kasih sudi baca. hehe

No comments: