Wednesday, 26 February 2014

Praktikal Kereta

 Heyyo Peeps, *lambai semangat* Ehem ehem ( tekak berdehem sikit ) Uhuk uhuk

Pagi subur dengan angin sepoi sepoi sambil dipanggil oleh selimut yang lembut dan bantal busuk. ( kantoi ada bantal busuk ) Pfft Aku set jam lah pukul 0700 bangun sebab aku tidur lambat. Bila dah 0700 tu aku selamba je " off " kan set alarm tu. Macam tak sedar tu ada kelas praktikal pukul 1000. Korang rasa macam " Lek lu baru pukul 0700 takkan nak bangun awal, masih sempatlah nak tidur ". Kalau aku? Aku mesti kena bangun awal sebab aku paling fed up bila nak pilih baju apa. Hah itulah masalah aku walaupun korang rasa macam remeh je kan. Aku ni jenis " PERFECTO " kalau ada silap sikit je, aku dah meraung macam nak makan orang. haha

Bila dah pukul 0700 tu, aku tukar set alarm dalam 0730 so aku tidur lah dengan senang hati sambil guling-guling atas katil adik aku yang single bed tu. Aku pun tak tau nak guling macam mana dengan single bed ni. Aku pusing kanan kiri je kot, (maybe). Sedap betul tidur rasa macam tak nak bangun je macam sleeping beauty gitu. ahaks Aku rasa nak mengamuk je dengar alarm yang sangat rancak, mana tak sakit jantung kan, aku saja cari nahas letak lagu " DEMONS " sebab kuat dan senang aku nak bangun dengan rela hati tanpa kemahuanku. sob sob

Aku bangun lah pergi cari baju ke sana ke mari dekat almari bilik aku. Dah lama jugak aku tak jejak dalam bilik aku sejak habis SPM tu dan kebetulan ayah aku baru je meninggal lepas habis SPM tu. Sekarang aku berhijrahlah dekat bilik mak aku. Adik badik aku dengan mak aku tidur sama bilik, angkut semua benda ( Double Queen plus Single Bed ). Bila dah jejak kasih dekat bilik sendiri, apa lagi aku baling lah badan aku atas katil aku yang empuk yang sesuai untuk posture badan aku. Melebihkan, sampai posture badan babe. hehe Aku pun tertidur dengan senyuman. haha

Tiba-tiba aku terbangun sebab bunyi alarm 0800, aku lari lah cepat-cepat nak mandi dengan sarapan bagai lah kan. Bila dah siap tu, aku sempat lagi tengok setengah movie dekat HBO. haha Aku pun keluar lah 0900 lepas Dhuha semua lah. Aku hafal step-step kereta dan etc tapi disebabkan aku demam ia berpunca dari inject hipetitis B. Arwah ayah aku ada sakit hipetitis B sebab tu one family kena inject. Berbalik kepada cerita, aku pun buat serba tak kena sampaikan cikgu tu cakap aku banyak lupa step. Ish, nak menangis aku dengar kau tau. Last-last aku yang kecewa dengan kemajuan aku tak fantastic.

Thanks dulang serih yang rajin baca taman bunga di Taman Impian. hehe ^^
 

No comments: