Monday, 24 February 2014

Resipi Tiramisu Cheesecake

 
 
Heyyo Peeps,

Semalam kawan aku datang, saja nak bergossip bagai la. Tapi aku pulak yang membosankan sebab dah lama tak jumpa jadi tak tau nak cakap apa. Tapi sepatutnya lagi banyak cerita kan. Aku ni yang terbalik, sebab kadang-kadang aku ni pelupa jugak lepas SPM ni. So bila SPM ni mesti hidup korang ada yang best, setengah daripada kita hidup suram je. Aku pun dah bosan dengan rutin yang sama je dekat rumah ni. Tiba-tiba kawan aku yang sleep over dekat rumah aku nak ajar aku masak Tiramisu Cheesecake. Tengok siap boleh gambungkan dua aspek ni. Cehh Aku excited la nak masak-masak semua ni.
 
Aku bangun tidur je terus ajak kawan aku yang nak ajar buat Tiramisu Cheesecake ni. hehe Aku basuh muka dengan gosok gigi je. Terus aku selongkar barang mak aku dekat dapur sebab dah lama aku tak buat pemanis. Pfft *malas dong* Ini saat yang sedang dinantikan aku dengan kawan aku nak buat.




Perkakas:
1) Blender
2) Wire Whisk 
3) Mangkuk besar dan Kecil 
4) Piping nozzles dengan bag / Sudu
Bahan-bahan: 
1) Cheese Cream 
2) Gelatin (1 sudu kecil) 
3) Biskut Mary Coffee 
4) Gula (100g) 
5) Susu Tepung (1 sudu makan)
 6) Air Suam

Sikit je kan bahan dia, lagi kalau nak buat lagi senang babe. Aku dah tak sabar nak makan je. hehe Meh sini jangan buang masa lagi. Okay baca langkah seterusnya nak buat tiramisu cheesecake.

Cara-cara: 
1) Masukkan gula ke dalam blender dan blend sehingga halus. Dah siap tu letak jauh sikit sekejap. 
2) Cheese cream masukkan dalam mangkuk besar, pukul cheese cream sehingga fluppy. 
 3) Bila dah fluppy masukkan 2 sudu makan gula aising ke dalam mangkuk tersebut sambil pukul. Kacau cheese cream dengan gula aising. 
4) Selepas tu bancuh gelatin dengan air suam dalam mangkuk kecil dan masukkan ke dalam bahan cheese cream tu. Pukul sehingga cheese cream jadi lebih krim pekat. 
5) Sekarang bancuh susu tepung dengan air suam dalam mangkuk kecil. Bila dah siap korang, celup biskut mary coffee dan susun dalam mangkuk sederhana besar. 
6) Bila dah susun letak cheese cream dan ratakan sehingga menutup permukaan biskut. Korang boleh ratakan gunakan antara satu tu (Piping nozzles dengan bag / Sudu)sampai jadi satu layer. Bila dah jadi satu layer tu, ulang lagi sampai berapa layer korang nak lah sampai cheese cream dengan biskut habis.

P/S : Gula tu kan lebih, korang boleh simpan dan buat lagi. Kalau ada sesiapa yang suka simpan lebihan cheese tu buat lah dalam cawan untuk diri sendiri untuk kepuasan sendiri. hehe Aku pun buat lepas dah buat satu mangkuk tu sebab tak sarapan kau tau. haha

Terima kasih daun keladi sudi guna resipi ni. hehe Kali ni entry terlebih panjang pulak. Sorry Suka tak? Simple tak? Senang tak? Like ^^

No comments: