Tuesday, 25 March 2014

Heyyo Peeps,
 
Salam my cutipiess! Segala puji bagiNya SPM dah lepas dan result pun dah lepas! (Yet, we're still alive! haha.) Tak sangka dapat habiskan. Dulu kan rasa nak mati je dengan subjek-subjek yang banyak tu. Esp, +Maths, Bahasa Arab etc.
Memang payah nak pulun setiap hari. Penat datang sekolah setiap malam nak datang kelas. Fuh, sumpah lelah kalau ingat balik masa dulu. Tak sangka kita sanggup bersengkang mata untuk SPM kan?

I just want to congratulate semua orang for all your efforts. Bukan natijah yang kita kejar. Usaha tu yang utama. Mabruk alaikunna! Terutama Bahasa Arab and +Maths lah eh. Tanpa disangka-sangka, berjaya jugak dapat 100% lulus. Fuhh, mantap Batch DNA 15 ni.
For those people in the organization. Nur Farahnabilah, Fatihah Kamarudin, Nur Lyana Amira, Qurratu. A big salutation for you guys!
AJK Subjek yang tak pernah penat hadapi krisis-krisis subjek. Buat kelas, mentoring, nota and stuffs. Kita yang tengok pun rasa lelah. haha. Dan AJK Akademik, Sajiah Hafiz. PERGH, MEMANG HEBAK BELAKA KAMU. Serius,

Bahasa Melayu P'love Dak 0.67 tuuu. Serius awesome.
Bahasa Inggeris Nab Aj.
Bahasa Arab Nur Fatimah Najihah & Maimunah Abdul Rahim.
EA Asma Abdul Jalil.
PA Hana' Syafiqah.
Science Sara Husna.
Biology Nur Mus'Ifah Mustafah.
Physics Tania Takoyaki.
Chemistry Maryam Liyana Termizi.
Sejarah Nurul Farahin.
Mathematics Shahzanani Johan.
Addmaths Adawiyah Ismail.
PQS Munirah Rosbi.
PSI Naemah Ismail.

Dan SEMUAAAAAAAA Dibawah Naungan Allah 15! Thank you very very very very very much. Sayang semua fillah!
Dan lagi satu, 2.67 hanyalah angka. Kira dapat tingkatkan GPK tu pun kita rasa hebat. Sebenarnya nak cakap usaha tu yang pentinggg. Dan Boss dekat atas Maha Adil. He gave what the best for us kan? Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah!

P/S : Nak ingatkan supaya don't forget to istikharah first before apa-apa yang korang akan pilih lepas ni. Memang copy paste je sebab tak nak mengubah apa Kautsar cakap. Weee

Credit to Kautsar Mokri
 

Monday, 24 March 2014

Kenapa result aku begini? Cliche kan?

Heyyo Peeps,
Aku mengambil masa empat hari nak tulis post ni, tak tahu kenapa. Hm, mungkin aku terkilan sikit dengan result aku. Sebenarnya masa sebelum hari result, aku dah rasa tak sedap hati. Tetiba aku rasa mengatuk sangat sampai aku terpaksa tidur awal padahal malam masih muda gitu. haha Pagi result tu, aku terbangun pukul 4 pagi sebab aku dah berniat nak qiam padahal aku janji dengan kawan aku pukul 3 pagi. Kesian Ajda missed call banyak kali, aku tak bangun sebab phone terhempap dengan bantal tebal. Sorry Ajda, tapi terima kasih call kita. Orang lain pun takde yang call aku tau. 

Aku bersiap cepat-cepat sebab aku kena ikut umi pergi sekolah dulu baru pergi SMIH. Aku berdebar-debar tapi aku eksyen aku tak berdebar nanti terlebih berdebar aku ni. hahaha Sementara umi ada kelas pagi tu, aku baca Al-Mathurat dengan Yaseen biar rasa tenang sikit. Lepastu, aku sengaja sibukkan diri main laptop la apa lagi kan sambil baca whatsapp DNA15. Ya Allah, syukur betul dengar 100% BA lulus bukan senang tau nak semua lulus. Selama ni batch kiteorang selalu di-push-kan untuk dapat terbaik dalam GPK batch. Bak kata semua orang, " Batch DNA15 kan pandai, hebat dan etc " Omggg, tu lagi payah bila semua nak anggap batch kiteorang macam tu. Berat tau, kalau semua expect tinggi dekat batch kiteorang. Disebabkan tu, kiteorang takut menghampakan semua orang. 

Okay, sambung balik cerita aku. hehe Aku sebenarnya dah tak sabar pergi sekolah tapi umi sengaja lambat-lambat nak pergi makan la pulak. Aku pun order makanan paling cepat siap dan paling cepat makan sebab aku ni makan paling lembap la. Dalam perjalanan nak pergi SMIH tu, tetiba air mata aku meleleh pulak, terus aku teringat abi. Dalam hati, aku punya bi mesti something wrong ni. Dah abi ajar english kan. Aku menangis takde lah sampai teresak-esak, aku cover la cepat biar umi tak perasan. Aku rasa banyak melayan diri dalam kereta tu. HMMM 

Dah sampai dekat parking sekolah, umi ternampak budak yang pernah aku suka. Umi cakap " Kakak la lambat ni, kalau tak boleh saing dengan dia. " Amboi kemain mak aku ni, siapa yang suka siapa ni? Dalam hati " Ya Allah, kenapa lah time ni nak jumpa. Menyampah tahap anoyying. Tapi umi kan yang lambat, kenapa aku disalahkan? Hmmmm " Bila dah parking tu, aku pergi sekolah seiring dengan mak Luqman. Umi punya kawan, jadi layan jelah. Aku bukan jenis dok menyampah dengan lelaki, jadi aku relax jelah sambil tarik-tarik kain tu. Aku paling tak suka pakai kain ni, lemas lepas tu terkepit-kepit jalan, susah nak jalan. Aku suruh umi naik Dewan Qadisiah sebab aku kena settlekan sijil-sijil. Dah siap, aku terus pergi naik dewan dengan Nabihah.

Masa pengetua tengah berucap panjang tu, aku takde jadi aku pun tak tahu sangat. Tau-tau sebut keputusan Sijil Pentaksiran Pelajar Ikram Musleh (SPPIM) tapi aku dapat 1A2A-2B2B-1C, Akhlak 5 dan Kemahiran Sosial 4 kira okay lahtu kan. Masa keputusan SPM lagi berdebar kau tahu, aku mengigil gila mungkin SPM kan penting bagi aku. Tapi SPM tu bukan segalanya kata orang lepasan SPM lain. SPM sekadar alat untuk maju, bukan kerna result hampeh kita dah nak mati. Ciss, drama betul! hehe Tapi masa dalam kereta lagi aku dah cakap dekat umi, redha je dengan keputusan akak tau. Alhamdulilah semua subjek 100% lulus cuma tiga subjek je, alhamdulilah GPK batch DNA15 2.67 walaupun tak sampai 2.0 kiteorang dah rasa syukur sangat.
Tapi sebaliknya, masa aku ambil result tu aku melalak kau tau, takde lah melalak just nangis sekuat hati. Aku bukan nangis sebab result aku yang sekadar 2A2B3B+1C1D tu, aku menangis sebab english aku dapat D. Dalam hati aku, " Sebaik lah abi dah takde, kalau abi ada mesti dia redha tapi mestilah sedih kan.  " Setiap kali exam penting BI aku selalu tak okay bagi aku ( Big exam always curse on my english paper ). Umi siap cakap macam ni " Akak, umi redha dengan result akak. Umi ingat akak fail tau sebab akak ingat abi yang tengah sakit tu. Kira okay akak masih berjuang time exam tu supaya tak gagal. Dah dah, jangan nangis nanti orang fikir akak gagal. " Dalam hati tu dah terdetik, tak redha tu tapi bila ingat balik mesti result aku lagi teruk mesti Allah dah ubah sikit result aku. Aku istighfar banyak kali, rasa tak cukup iman je dah terdetik macam tu. Kawan aku pernah cakap " Atikah ni kalau exam besar je mesti dia banyak A ". Sekarang terbukti korang dah dapat kalahkan kita. Tolong lah korang jangan pertikaikan result aku macam tu. 

Siapa yang faham keadaan aku yang menahan sebak sebab abi sakit sangat berterima kasih. Batch DNA15 sekarang terasa ukhuwah fillah setelah selama ni aku pernah pertikaikan dengan ukhuwah kita. Maaf mbuk, tidak disengajakan. Dekat Jusco tu, aku dapat sokongan moral daripada Hana' Syafiqah, Fatin Aqilah, Nabihah K dan Jieya Sahrel (semua golongan daripada straight A's, sederhana A dan sama taraf dengan aku). Bak kata budak straight A's " Tak semestinya kita dapat straight A's dapat apa yang kita nak. Mungkin Allah nak menguji kita daripada iman kita. Adakah kita akan bersyukur dengan result ni atau kita riak tentangnya. " Kata Mushi " Abang kita cakap, masa batch apa kita ramai jugak yang dapat straight A's tapi ramai jugak yang fail. Jadi tak berapa nak membantu lah bebudak straight A's tu untuk budak-budak yang fail. " Okta kata " Banyak sifar gagal melambangkan kesatuan batch. Dimana tiada yang meninggalkan kawannya. "

Satu hari tu pakcikmakciknenek semua call pun, aku buat dont know je siap vibrate je. (Poyo betul bukan poyo tapi tak sedia nak bagi tau) Balik tu umi singgah pergi sambut nak meraikan result aku, tapi bagi aku macam tak layak je dengan result macam tu nak meraikan bagai kan. Kawan aku yang dapat straight A's pun mungkin tak sambut lagi sedih aku. Benda pertama aku ingat nak minta tolong dengan harapan boleh masuk U, Cik Ali dengan Cik Farah, sorry makcikpakcik yang lain. Malam tu jugak, aku ajak umi pergi Batu Pahat tau. Bila aku survey semua U, aku tak boleh nak apply coarse law sebab english A-.  Sedih tak terhingga rasa macam tak boleh hidup je (drama je lebih) 

Aku cuba tengok syarat kemasukan Pendidikan Syariah, baru aku ada harapan boleh masuk U tau. Aku apply dekat UPU, satu UIAM dua sampai lapan UniSza je. Sememangnya sejak azali lagi arwah abi suruh ambil coarse syariah cuma aku yang tak nak. Kalau pasal biasiswa jangan cakap confirm aku tak layak. Aku hanya tunggu PTPTN umi dan abi je lah. Kalau tak dapat universiti dengan form 6, aku mungkin nak masuk Darul Qural. Darul Quran pun salah satu wasiat abi masa dia hidup, paling kurang pun aku berniat nak masuk. 

May Allah Bless and Ease my future and friends :) Sorry tersangat panjang post sebab suka tercerita detail dalam kertas. Weee. 3 Dis habis SPM, 3 Dis - 5 Dis ada daurah batch DNA15, 6 Dis balik rumah dan 7 Dis abi meninggal pada pukul 8:30 malam. Aku hanya sempat jumpa abi masa 6 Dis je. Ya Allah, moga ada hikmah disebalik result tersebut. Thanks Hanas, Nabihah K, Fatin dan Jieya beri kata semangat dan cekal untuk pujuk kita. Weeee ~

Friday, 21 March 2014

Tutorial : Memasang Cute Favicon

 
Heyyo Peeps,
Itu dekat TAB bila orang buka blog kita ^^
 Aku nak ajar jugak macam mana nak buat icon cute favicon tu. Tapi korang mesti tak tau kan favicon tu apa. Favicon tu apa? Macam gambar cendawan tu. Its hard to explain it on words:15:

1Dashboard>Design>Edit html>Tick Expand Widget Templates2Ctrl+F untuk cari kod :
]]></b:skin>
3Ctrl+C untuk copy kod di bawah :
<link href='URL IMAGE' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>
<link href='URL IMAGE'/>
4Pastekan kod ini di bawah kod ']]></b:skin>'
5Gantikan tulisan yg bewarna purple tu dgn URL image yang korang suka .
6Korang boleh ambil url di bawah kalau nak . Lagi senang :135: Ctrl+C untuk copy kod di bawah :


http://picto0.jugem.jp/h/a/r/harumain/f5895956cf6c73bbd29812751a55cefc.gif

http://picto0.jugem.jp/y/u/u/yuupan/22b18afb8b93719ee5a1ee015a6a743c.gif

http://picto0.jugem.jp/y/u/k/yuko1130/b36ce49c2e83476ff1b1bbf7567e53d9.gif

http://picto0.jugem.jp/n/a/n/nanotuki/d0450290825289c56a4c191cb6fccfe9.gif
7Preview dulu baru save ok

messageslove1Tinggalkan comment di bawah dan tekan LIKE kalau nak lebih lagi tutorial
Credit to Kak Syamira 

Thursday, 20 March 2014

Disebalik tabir JPJ test

Heyyo Peeps,
Kenapa sibuk? Aku sibuk dengan usrah baru, last latihan kereta, JPJ test dan result SPM. Sememangnya minggu debaran yang kencang. Tapi aku rasa takut JPJ test daripada result SPM sendiri. Sadis kan hidup aku ni? Bagi aku duit tu bukan tumbuh dari pokok. Jadi aku kenalah lulus dengan jayanya. Sekarang pun tinggal umi je, abi yang selalu pandai cari duit bak kata umi la. Bagi aku memang dah tugas suami dan ayah untuk cari nafkah untuk isteri dengan anak. Jadi tak heran la pelik kan. Jadi aku mengharapkan kelulusan daripada Pengawai JPJ. 

180314 -

Itu tambahan latihan sebenarnya sebab aku dengan 'Alia tak nak lupa. Last latihan kiteorang tempoh jarak dengan JPJ test sangatlah jauh. Semestinya kiteorang tak ingat, dah la banyak benda nak ingat. Selalunya kalau latihan cikgu aku setia je duduk sebelah, dia akan bebel je. Aku senang hilang fokus bila orang bebel. hahaha Rasa nak cikgu tu diam je. hehe Tapi masa last latihan, aku baru merasa bawak dengan tenang tanpa bebelan cikgu. Sorry cikgu. hihi Aku buat dengan betul je tanpa salah pun sebab aku dapat nak fikir. Aku cakap lah dengan umi yang aku boleh bawak, kalau takde orang bebel. Rupanya mak aku pun macam tu, keturunan rupanya. haha Umi kata habislah kalau Pengawai JPJ duduk dalam kereta. Aku cakap Pengawai JPJ duduk luar nanti, jadi akak boleh buat. Heeeee


Bukti muka bahagia dapat kemanisan
Aku kalau balik dari kelas kereta mesti lepak gila mungkin kepenatan teramat tak terhingga la. Tapi malam tu dah first usrah aku, jadi aku gagahkan je semangat aku nak pergi. Aku rasa seronok dapat usrah balik dengan kawan-kawan. Usrah tu ibarat semut mencari makanan manis. Mmmmm, sedapnya. Malam tu kiteorang dapat merasa kemanisan usrah tu sebab makanan dia pun manis dan sedap. Yang paling osem giga sushi dia, terbaik wok. hehe

190314 -

Are you ready for JPJ test story? Im sure you really hyper, right? Here we go! Pagi tu aku qiam minta tolong Allah, Allah kan sentiasa ready mendengar tanpa bosan. Tu yang aku suka bila cakap dengan Allah. Rasa macam dia belai kita, yang dia memahami saat-saat sukar kita. Aku bukan nak bagi konsep bila susah cari Allah. Bagi aku, bila aku rasa tak tenang je aku buat. Lepas tu aku rasa tenang dan puas dah bebel kat Allah. hehe Baik kan Allah. Bila dah mandi semua, aku baca Al-Mathurat plus Yaseen. Semagi kan aku? Aku baca teringat masa zaman SPM ritu, time exam selalu baca biar rasa tenang bila exam dan mudah. Serius talk! Bila aku tunggu dalam kereta kancil, aku tepuk dada aku cakap sambil jerit tau ' Atikah boleh! ' ' Atikah tak nervous pun ' Masa tu aku tengah psychology dekat diri dan umi kata roh akan dengar cakap jasad kita. Serius menjadi! Selama ni aku tak percaya cakap umi. hahaha

 Sampai bunga raya je, aku terus berbual dengan 'Alia biar dia tak ingat pasal exam ni. Aku stuck bila orang lain nervous, aku yang menjadi-jadi nervousnya. haha Berbual sakan betul mengalahkan mak jemah kau tau. Aku naik pukul 8am bila nak test pukul 10, memang lama sangat nak mula. Maybe Pengawai JPJ pergi ngeteh dekat kantin. I husnozon je dengan 'Alia. hehe Then, tunggu giliran punya la lama. 'Alia 9 dan aku 25 bezanya dua kali ganda. Aku ni kan tak reti duduk diam, jadi 26 24 23 jadi mangsa kawan aku la. Main tibai je aku kawan, ada bangsa india budak perempuan, lagi dua tu lelaki melayu. Walaupun aku pakai tudung labuh, diorang still tak tunjuk kerek okay. Aku tahu batas-batas kawan dengan lelaki. Aku berbual sakan je selama mana aku tunggu turn. Bila turn aku buat bahagian dalam, aku tetiba rasa nervous jadi aku terlupa niat aku nak baca bismillah tu.

Masa dekat bukit tu, aku ulang dua kali. Kali kedua tu aku baca doa dan memohon pertolongan Allah. Bila aku sempat baca doa tu, aku terus naik bukit. Naik bukit menjadi dan masa nak turun tak undur terus ke depan. Masa turun tu aku senyum dan tak berhenti cakap Alhamdulilah sampai 3 penjuru sampailah habis. Tengok, kuasa Allah jangan dibuat main. Kuasa Allah sangat hebat, sama ada diri kita ni masih ingat ke dekat Allah bila dalam susah dan senang. Bila kita selalu ingat Allah, Allah akan bagi kita rasa kekuasaan dia dengan tolong kita benda yang selalu kita tak lepas. Apa aku boleh cakap tanpa pertolongan-Nya, aku mungkin berasa kecewa. Tetapi Allah sayang aku, dia bagi aku rasa kenikmatan lulus, selama ni cikgu aku anggap aku akan fail. Sedih kan?

Terima kasih kepada family dan orang yang mengenaliku mendoakanku sentiasa yakin. Doa makbul sebab hujan rahmat Allah. MasyaAllah baiknya Allah. Sekarang tunggu lesen P dengan sabar. Weee

Muka bahagia merasa nikmat

Maka nikmat Tuhan-Mu yang manakah yang kau dustakan ?