Thursday, 20 March 2014

Disebalik tabir JPJ test

Heyyo Peeps,
Kenapa sibuk? Aku sibuk dengan usrah baru, last latihan kereta, JPJ test dan result SPM. Sememangnya minggu debaran yang kencang. Tapi aku rasa takut JPJ test daripada result SPM sendiri. Sadis kan hidup aku ni? Bagi aku duit tu bukan tumbuh dari pokok. Jadi aku kenalah lulus dengan jayanya. Sekarang pun tinggal umi je, abi yang selalu pandai cari duit bak kata umi la. Bagi aku memang dah tugas suami dan ayah untuk cari nafkah untuk isteri dengan anak. Jadi tak heran la pelik kan. Jadi aku mengharapkan kelulusan daripada Pengawai JPJ. 

180314 -

Itu tambahan latihan sebenarnya sebab aku dengan 'Alia tak nak lupa. Last latihan kiteorang tempoh jarak dengan JPJ test sangatlah jauh. Semestinya kiteorang tak ingat, dah la banyak benda nak ingat. Selalunya kalau latihan cikgu aku setia je duduk sebelah, dia akan bebel je. Aku senang hilang fokus bila orang bebel. hahaha Rasa nak cikgu tu diam je. hehe Tapi masa last latihan, aku baru merasa bawak dengan tenang tanpa bebelan cikgu. Sorry cikgu. hihi Aku buat dengan betul je tanpa salah pun sebab aku dapat nak fikir. Aku cakap lah dengan umi yang aku boleh bawak, kalau takde orang bebel. Rupanya mak aku pun macam tu, keturunan rupanya. haha Umi kata habislah kalau Pengawai JPJ duduk dalam kereta. Aku cakap Pengawai JPJ duduk luar nanti, jadi akak boleh buat. Heeeee


Bukti muka bahagia dapat kemanisan
Aku kalau balik dari kelas kereta mesti lepak gila mungkin kepenatan teramat tak terhingga la. Tapi malam tu dah first usrah aku, jadi aku gagahkan je semangat aku nak pergi. Aku rasa seronok dapat usrah balik dengan kawan-kawan. Usrah tu ibarat semut mencari makanan manis. Mmmmm, sedapnya. Malam tu kiteorang dapat merasa kemanisan usrah tu sebab makanan dia pun manis dan sedap. Yang paling osem giga sushi dia, terbaik wok. hehe

190314 -

Are you ready for JPJ test story? Im sure you really hyper, right? Here we go! Pagi tu aku qiam minta tolong Allah, Allah kan sentiasa ready mendengar tanpa bosan. Tu yang aku suka bila cakap dengan Allah. Rasa macam dia belai kita, yang dia memahami saat-saat sukar kita. Aku bukan nak bagi konsep bila susah cari Allah. Bagi aku, bila aku rasa tak tenang je aku buat. Lepas tu aku rasa tenang dan puas dah bebel kat Allah. hehe Baik kan Allah. Bila dah mandi semua, aku baca Al-Mathurat plus Yaseen. Semagi kan aku? Aku baca teringat masa zaman SPM ritu, time exam selalu baca biar rasa tenang bila exam dan mudah. Serius talk! Bila aku tunggu dalam kereta kancil, aku tepuk dada aku cakap sambil jerit tau ' Atikah boleh! ' ' Atikah tak nervous pun ' Masa tu aku tengah psychology dekat diri dan umi kata roh akan dengar cakap jasad kita. Serius menjadi! Selama ni aku tak percaya cakap umi. hahaha

 Sampai bunga raya je, aku terus berbual dengan 'Alia biar dia tak ingat pasal exam ni. Aku stuck bila orang lain nervous, aku yang menjadi-jadi nervousnya. haha Berbual sakan betul mengalahkan mak jemah kau tau. Aku naik pukul 8am bila nak test pukul 10, memang lama sangat nak mula. Maybe Pengawai JPJ pergi ngeteh dekat kantin. I husnozon je dengan 'Alia. hehe Then, tunggu giliran punya la lama. 'Alia 9 dan aku 25 bezanya dua kali ganda. Aku ni kan tak reti duduk diam, jadi 26 24 23 jadi mangsa kawan aku la. Main tibai je aku kawan, ada bangsa india budak perempuan, lagi dua tu lelaki melayu. Walaupun aku pakai tudung labuh, diorang still tak tunjuk kerek okay. Aku tahu batas-batas kawan dengan lelaki. Aku berbual sakan je selama mana aku tunggu turn. Bila turn aku buat bahagian dalam, aku tetiba rasa nervous jadi aku terlupa niat aku nak baca bismillah tu.

Masa dekat bukit tu, aku ulang dua kali. Kali kedua tu aku baca doa dan memohon pertolongan Allah. Bila aku sempat baca doa tu, aku terus naik bukit. Naik bukit menjadi dan masa nak turun tak undur terus ke depan. Masa turun tu aku senyum dan tak berhenti cakap Alhamdulilah sampai 3 penjuru sampailah habis. Tengok, kuasa Allah jangan dibuat main. Kuasa Allah sangat hebat, sama ada diri kita ni masih ingat ke dekat Allah bila dalam susah dan senang. Bila kita selalu ingat Allah, Allah akan bagi kita rasa kekuasaan dia dengan tolong kita benda yang selalu kita tak lepas. Apa aku boleh cakap tanpa pertolongan-Nya, aku mungkin berasa kecewa. Tetapi Allah sayang aku, dia bagi aku rasa kenikmatan lulus, selama ni cikgu aku anggap aku akan fail. Sedih kan?

Terima kasih kepada family dan orang yang mengenaliku mendoakanku sentiasa yakin. Doa makbul sebab hujan rahmat Allah. MasyaAllah baiknya Allah. Sekarang tunggu lesen P dengan sabar. Weee

Muka bahagia merasa nikmat

Maka nikmat Tuhan-Mu yang manakah yang kau dustakan ?

No comments: