Monday, 24 March 2014

Kenapa result aku begini? Cliche kan?

Heyyo Peeps,
Aku mengambil masa empat hari nak tulis post ni, tak tahu kenapa. Hm, mungkin aku terkilan sikit dengan result aku. Sebenarnya masa sebelum hari result, aku dah rasa tak sedap hati. Tetiba aku rasa mengatuk sangat sampai aku terpaksa tidur awal padahal malam masih muda gitu. haha Pagi result tu, aku terbangun pukul 4 pagi sebab aku dah berniat nak qiam padahal aku janji dengan kawan aku pukul 3 pagi. Kesian Ajda missed call banyak kali, aku tak bangun sebab phone terhempap dengan bantal tebal. Sorry Ajda, tapi terima kasih call kita. Orang lain pun takde yang call aku tau. 

Aku bersiap cepat-cepat sebab aku kena ikut umi pergi sekolah dulu baru pergi SMIH. Aku berdebar-debar tapi aku eksyen aku tak berdebar nanti terlebih berdebar aku ni. hahaha Sementara umi ada kelas pagi tu, aku baca Al-Mathurat dengan Yaseen biar rasa tenang sikit. Lepastu, aku sengaja sibukkan diri main laptop la apa lagi kan sambil baca whatsapp DNA15. Ya Allah, syukur betul dengar 100% BA lulus bukan senang tau nak semua lulus. Selama ni batch kiteorang selalu di-push-kan untuk dapat terbaik dalam GPK batch. Bak kata semua orang, " Batch DNA15 kan pandai, hebat dan etc " Omggg, tu lagi payah bila semua nak anggap batch kiteorang macam tu. Berat tau, kalau semua expect tinggi dekat batch kiteorang. Disebabkan tu, kiteorang takut menghampakan semua orang. 

Okay, sambung balik cerita aku. hehe Aku sebenarnya dah tak sabar pergi sekolah tapi umi sengaja lambat-lambat nak pergi makan la pulak. Aku pun order makanan paling cepat siap dan paling cepat makan sebab aku ni makan paling lembap la. Dalam perjalanan nak pergi SMIH tu, tetiba air mata aku meleleh pulak, terus aku teringat abi. Dalam hati, aku punya bi mesti something wrong ni. Dah abi ajar english kan. Aku menangis takde lah sampai teresak-esak, aku cover la cepat biar umi tak perasan. Aku rasa banyak melayan diri dalam kereta tu. HMMM 

Dah sampai dekat parking sekolah, umi ternampak budak yang pernah aku suka. Umi cakap " Kakak la lambat ni, kalau tak boleh saing dengan dia. " Amboi kemain mak aku ni, siapa yang suka siapa ni? Dalam hati " Ya Allah, kenapa lah time ni nak jumpa. Menyampah tahap anoyying. Tapi umi kan yang lambat, kenapa aku disalahkan? Hmmmm " Bila dah parking tu, aku pergi sekolah seiring dengan mak Luqman. Umi punya kawan, jadi layan jelah. Aku bukan jenis dok menyampah dengan lelaki, jadi aku relax jelah sambil tarik-tarik kain tu. Aku paling tak suka pakai kain ni, lemas lepas tu terkepit-kepit jalan, susah nak jalan. Aku suruh umi naik Dewan Qadisiah sebab aku kena settlekan sijil-sijil. Dah siap, aku terus pergi naik dewan dengan Nabihah.

Masa pengetua tengah berucap panjang tu, aku takde jadi aku pun tak tahu sangat. Tau-tau sebut keputusan Sijil Pentaksiran Pelajar Ikram Musleh (SPPIM) tapi aku dapat 1A2A-2B2B-1C, Akhlak 5 dan Kemahiran Sosial 4 kira okay lahtu kan. Masa keputusan SPM lagi berdebar kau tahu, aku mengigil gila mungkin SPM kan penting bagi aku. Tapi SPM tu bukan segalanya kata orang lepasan SPM lain. SPM sekadar alat untuk maju, bukan kerna result hampeh kita dah nak mati. Ciss, drama betul! hehe Tapi masa dalam kereta lagi aku dah cakap dekat umi, redha je dengan keputusan akak tau. Alhamdulilah semua subjek 100% lulus cuma tiga subjek je, alhamdulilah GPK batch DNA15 2.67 walaupun tak sampai 2.0 kiteorang dah rasa syukur sangat.
Tapi sebaliknya, masa aku ambil result tu aku melalak kau tau, takde lah melalak just nangis sekuat hati. Aku bukan nangis sebab result aku yang sekadar 2A2B3B+1C1D tu, aku menangis sebab english aku dapat D. Dalam hati aku, " Sebaik lah abi dah takde, kalau abi ada mesti dia redha tapi mestilah sedih kan.  " Setiap kali exam penting BI aku selalu tak okay bagi aku ( Big exam always curse on my english paper ). Umi siap cakap macam ni " Akak, umi redha dengan result akak. Umi ingat akak fail tau sebab akak ingat abi yang tengah sakit tu. Kira okay akak masih berjuang time exam tu supaya tak gagal. Dah dah, jangan nangis nanti orang fikir akak gagal. " Dalam hati tu dah terdetik, tak redha tu tapi bila ingat balik mesti result aku lagi teruk mesti Allah dah ubah sikit result aku. Aku istighfar banyak kali, rasa tak cukup iman je dah terdetik macam tu. Kawan aku pernah cakap " Atikah ni kalau exam besar je mesti dia banyak A ". Sekarang terbukti korang dah dapat kalahkan kita. Tolong lah korang jangan pertikaikan result aku macam tu. 

Siapa yang faham keadaan aku yang menahan sebak sebab abi sakit sangat berterima kasih. Batch DNA15 sekarang terasa ukhuwah fillah setelah selama ni aku pernah pertikaikan dengan ukhuwah kita. Maaf mbuk, tidak disengajakan. Dekat Jusco tu, aku dapat sokongan moral daripada Hana' Syafiqah, Fatin Aqilah, Nabihah K dan Jieya Sahrel (semua golongan daripada straight A's, sederhana A dan sama taraf dengan aku). Bak kata budak straight A's " Tak semestinya kita dapat straight A's dapat apa yang kita nak. Mungkin Allah nak menguji kita daripada iman kita. Adakah kita akan bersyukur dengan result ni atau kita riak tentangnya. " Kata Mushi " Abang kita cakap, masa batch apa kita ramai jugak yang dapat straight A's tapi ramai jugak yang fail. Jadi tak berapa nak membantu lah bebudak straight A's tu untuk budak-budak yang fail. " Okta kata " Banyak sifar gagal melambangkan kesatuan batch. Dimana tiada yang meninggalkan kawannya. "

Satu hari tu pakcikmakciknenek semua call pun, aku buat dont know je siap vibrate je. (Poyo betul bukan poyo tapi tak sedia nak bagi tau) Balik tu umi singgah pergi sambut nak meraikan result aku, tapi bagi aku macam tak layak je dengan result macam tu nak meraikan bagai kan. Kawan aku yang dapat straight A's pun mungkin tak sambut lagi sedih aku. Benda pertama aku ingat nak minta tolong dengan harapan boleh masuk U, Cik Ali dengan Cik Farah, sorry makcikpakcik yang lain. Malam tu jugak, aku ajak umi pergi Batu Pahat tau. Bila aku survey semua U, aku tak boleh nak apply coarse law sebab english A-.  Sedih tak terhingga rasa macam tak boleh hidup je (drama je lebih) 

Aku cuba tengok syarat kemasukan Pendidikan Syariah, baru aku ada harapan boleh masuk U tau. Aku apply dekat UPU, satu UIAM dua sampai lapan UniSza je. Sememangnya sejak azali lagi arwah abi suruh ambil coarse syariah cuma aku yang tak nak. Kalau pasal biasiswa jangan cakap confirm aku tak layak. Aku hanya tunggu PTPTN umi dan abi je lah. Kalau tak dapat universiti dengan form 6, aku mungkin nak masuk Darul Qural. Darul Quran pun salah satu wasiat abi masa dia hidup, paling kurang pun aku berniat nak masuk. 

May Allah Bless and Ease my future and friends :) Sorry tersangat panjang post sebab suka tercerita detail dalam kertas. Weee. 3 Dis habis SPM, 3 Dis - 5 Dis ada daurah batch DNA15, 6 Dis balik rumah dan 7 Dis abi meninggal pada pukul 8:30 malam. Aku hanya sempat jumpa abi masa 6 Dis je. Ya Allah, moga ada hikmah disebalik result tersebut. Thanks Hanas, Nabihah K, Fatin dan Jieya beri kata semangat dan cekal untuk pujuk kita. Weeee ~

No comments: