Monday, 5 May 2014

Dua kali kah aku dikecewakan?


Heyyo Peeps,


Kenapa aku kecewa dua kali?  Disebabkan kenyataan yang tak dapat untuk menerima seadanya dengan sebaiknya.  Aku rasa terkilan disebabkan result aku tak secantik orang lain,  padahal aku selalu beri komitmen yang penuh dalam menghadiri kelas tambahan.  Tapi umi kata Allah nak uji kakak sama ada akak redha dengan result begitu,  atau pun hilang iman begitu sahaja. Okay burnssss (deep).

 Aku bukan sedih keputusan teruk,  bagi aku 8 kredit kira okay tau.  Tak semua yang dapat kredit sebanyak ni.  Aku paling sedih subjek bahasa inggeris aku,  tu paling risau bak hang sampai tak boleh tidur.  Apakan daya,  result bi hancur begitu sahaja daripada b/c terus menjunam hingga D. Sampaikan aku rasa exam besar sihir dekat kertas bi je. Aku menangis teresak-esak sampaikan semua fikir aku fail. Bukan senang nampak aku sedih masa hari keputusan umumkan.  Selalunya aku wat lek wat peace je,  bagi aku SPM penting untuk objektif maju ke hadapan. (syaratnya). Ini sebab pertama aku kecewa.

 Aku sedih gila,  pabila banyak manusia suka judge aku. Eh setakat result aku macam tu pun nak kecoh bukan aku kacau hidup kau.  "Kau dulu dapat 5A kan masa PMR,  pandai tu tapi kenapa result kau kali ni teruk. " Wah  wah mengalahkan mak bedah je cakap. Bukan reti nak sedapkan hati aku. Tapi paling pedih,  bila orang kata " Salah dho grammar kau. Teruk benoh.  Hahaha " Selamba je aku balas macam ni "Aku bukan anak jati singapore macam kau la. Aku tengah belajar nak cuba speaking bukan mengharapkan kutukan kau. " Lepastu nak eksyen lebih je dengan aku,  sakit hati aku.

 Aku je nak memahami hati korang,  pernah tak nak memahami jiwa dan hati aku?  Tak kan,  tu yang payah kau nak faham perangai aku dan segalanya.  Kerjanya nak bahan aku je,  baru aku tau yang aku ni jenis pendam hati,  lepastu cakap dengan otak je sentiasa. (Silap hari bulan,  masuk rumah sakit jiwa je.  Harap elak wei)

 Sebab kedua aku kecewa,  UPU aku tak dapat tau.  Peh,  sedih lagi baru je dah boleh terima kenyataan. Result english setakat lulus je,  memang peluang tipis gila. Tapi perkara yang aku tak boleh terima batch aku,  seronok cakap dapat masuk U mana,  matriks mana,  MARA dapat tak dan JPA dapat tak lagi tanya fly tak. Peh,  kelas aku pulak banyak tak dapat UPU kecewa macam seribu perasaan tak dapat digambarkan dengan perkataan la. Sampaikan kelas aku,  left je terus dari group batch. Aku dah la berangan nak fly negara luar sejak kecil tau,  lepastu semua poyo dapat fly. (Parah kena belasah je dengan aku)

 Sebelum beberapa hari UPU nak keluar,  aku mohon online application Kolej Poly-Tech Mara. Course pertama aku mohon Business Management. Tak sangka-sangka perkara yang aku nak jadi tu Allah dah kabul.  Lepas tu,  aku minta nak dekat balik rumah (tup tup dapat dekat Bangi memang ramai family aku dekat Selangor ni).  Selama ni aku ingat KL tu memang KL je bukan Selangor je,  macam mana Geografi dapat A ni. Hahaha Ramai member aku pun dapat universiti dekat KL,  Shah Alam mungkin kalau cuti sama aku akan balik dengan dorang dekat Transit Bersepadu Selatan dekat Cheras.

 Apabila Allah bagi kita ujian,  kita kena redha sebab Allah sayang kita dan Dia mahu kita sabar. Sabar itu penantian yang perit tetapi Allah dah rancang sesuatu lebih besar untuk kita cuma kita je yang tak perasan. Kita kena banyak bersangka baik dengan rancangan-Nya serta bersyukur dengan nikmat yang diberikan tanpa putus. Maka nikmat mana yang kau dustakan?