Monday, 12 January 2015

6 bulan hang pi mana? Permulaan

Heyyo Peeps,
Zaman SPM ni la kata semangat batch DNAXV
   Dah lama tak post blog sebab kebelakangan ni baru masuk kolej jadi semester pertama confirmlah busy teramat. Tak ada masa nak bukak laptop sangat, kalau bukak pun buat assignment cari bahan. Memang 6 bulan pertama busy gila. Mesti ada orang kata aku acah je busy, suka hati la nak percaya ke tak. 

   Disebabkan kesibukan dekat kolej boleh tahan berat badan aku tak kurang cuma badan makin nampak kecik sangat. hoho Tapi paling geram berat tak nak tunjuk turun. Cis, sakit hati betul. Macam mana boleh jadi gini? Sebab aku selalu terlupa nak makan kalau setiap hari mesti ada assignment, memang tak pernah berhenti (takde). Sedih hahaha

   Okay, banyaklah pengalaman yang dapat dalam semester pertama ni. Nak ingat balik semua kenangan tu gembira, sedih, marah dan segala emosi keluar. Kadang rasa nak pukul diri sendiri je sebab tak hidup alam realiti masih dalam imaginasi sendiri, tu kadang hyper macam tak betul je. Wakaka Siapa yang rapat dengan aku, memang ternyata aku kurang matang sikit. Im so weirdo woman eva. Wahaha 

   Setakat ni bangunan KPTM Bangi dengan Hostel Desasiswa boleh tahan, tak mengecewakan sebab macam sekolah lama aku. Aku paling suka dalam bilik sendiri ada tandas sendiri, tak payah pergi jauh-jauh cari tandas. Aku bukan penakut okay, cuma tak suka rasa macam leceh. Alhamdulilah, masa tu tingkat 1 je tapi belah belakang siapa datang awal sikit. hehe Boleh tahan jauh seh sebab kereta tak boleh bawak masuk. Ish leceh benoh kan. 
   Masa tu barang aku banyak gila macam bawak satu rumah je. hahaha Dari kecik perangai ni dah jadi habit okay, sampai 2 hari satu malam bag aku paling besar. hahaha Aku pun mengemas la, dalam bilik duduk 3 orang. Nama roomate aku Aina and Tasha dan toiletmate aku Qilah, Mira and Fatin dalam beberapa bulan tu Qilah pindah bilik lain, jadi Ary pulak duduk sebelah. 

   Hari orientasi tu seronok sebab fasi semua baik belaka dari awal aku dah perasan dorang baik. Dorang jadi macam tu sebab terpaksa dan situasi tak sepatutnya berlaku. Lagipun sekolah aku lebih kurang macam tu tapi lagi teruk. hahaha Besar KPTM Bangi macam SMIH tapi dua kali ganda. Jenuh mencari blok okay sebab tu salah satu motif kurus. Wahaha 

   Ramai kawan yang aku jumpa dan lepak. Okay, kita belajar dekat kolej ke universiti, korang kena ada tetap pendirian dan perlu ada prinsip sendiri. Kau datang situ nak belajar ke? Nak joli lebih? Ingat parent kita, paling utama. Kalau tak, keberadaan kita dekat situ sangat membabi buta. Daripada tak buat pape dalam kolej tu baik kau berhenti dan cari kerja, paling kurang dapat duit kan. 

   Dalam KPTM Bangi, ada blok pensyarah sampai tingkat 3, okay aku dah merasa semua tu masa sem 1, rasa semput do naik atas tu macam mana la ada pensyarah sanggup naik setiap hari, blok kelas ada A sampai E, bilik komputer pun banyak, surau pun dah lawa sekarang aku tengok dan padang pun luas. Dalam KPTM Bangi ada tiga kursus je untuk diploma, ada Business Management (Kursus aku), Account dan Entreneurship (Usahawan). Kalau degree, aku tak ambil tahu lagi. 

   Paling best makanan banyak dekat KPTM Bangi dengan area Bangi. Paling utama aku cari makanan la, apa lagi. hahaha Shopping Complex paling ramai pergi Alamanda sekarang dah ada IOI Shopping Mall, semua ada dekat situ. Tak sabar nak naik sem 2, 15 Januari ni. Area Bangi dengan Putrajaya lebih kurang berapa minit je tapi kalau naik teksi pergi balik memang lingkup la.

Esok sambungan cerita. hehe

No comments: