Friday, 18 December 2015

Result la apa lagi


Heyyo Peeps,


Dah lama jugak la tak blog ni. Pfft Sebab malas, tenet tak laju dan busy sana sini as pelajar. ceh acah betul en. Alhamdulilah baru lepas habis sem 3 dan semalam baru je lepas dapat result. HAHAHAHA
Selama 2 sem aku selalu paling ketinggalan tengok result sebab satu malas asik connection failed wak luuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. So aku akan tengok result keesokkan harinya. Aku akan bangun tidur time zohor time cuti. hahahaha bukan anak dara mithali gais. Sorry la Bila malam aku ni imsonia bila pagi tidur pagi tu tak ingat dunia nak bangun.


Kau bayangkan eh tiap kali kau bangun tidur, beratus notifications kau masuk bukan takat ws je, tweet tu kemain banyak. Siap ada wish congrats tikah bla bla dekan. Eh jap???? Mana kau tau result aku ni? Paling tak menahan bila kawan kau cakap kau dekan, kau expect apa masatu? Aku belum check lagi wei. 


Apa lagi terus aku bangun pi mandi and pi solat zohor baca selawat siap doa panjang-panjang hahaha. Amboi kemain kau. Aku bukak cms tu siap selawat. HAHAHAHA Sebaik tekaan dorang betul tau, kau bayangkan kalau pointer aku lain. Tak menangis ke aku doh. Time tengok pointer tu menangis mcam orang gila siap ketawa and lompat kearah umi. Trololo Memang aku ni sejenis hyper, tak boleh nak buat apa dah. hahaha Aku happy sebab english aku B+, sebab masa SPM D. Tu tak menahan tu.


Tapi semalam lain sikit situasinya, uish aku paling awal tengok result lepas member aku cakap dah boleh check result apa lagi aku pun try bukak and wallah boleh bukak. Paling aku happy tu tengok Interactive English aku dapat A-, lagi aku happy boleh cakap english hehe Memang ini hadiah aku untuk arwah Abi. Aku rasa terlunas hajat aku nak English dapat A, A- pun okay what. Hahaha Tapi paling tak menahan aku ingat pointer aku 3.72 tau sebab selama ni sem 1 dan 2 pointer sama (3.78/3.78) so aku tak tau nak check macam mana pointer semasa ke or pointer keseluruhan.


Rupanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa check pointer semasa, pointer aku 3.61. Alamak ai terkejut eden. Menurun betul sem 3 ni. Nak menangis pun ada hahaha tapi bersyukur sebab masih dean list. Aku rasa sem 3 ni banyak main and berangan mungkin? Hm, maybe la. Takpelah sem 4 kena usaha sampai lebam. Anyway tahniah semua dapat result yang baik dan pass. Takpe sem 4 usaha lagi jangan sedih okay, rezeki belum sampai. Tapi rasa sedih pulak sem ni naik pentas dengan iqa je, berdua je naik pentas. Section 4 banyak menurun dan dua je dapat dekan. 

No comments: